Demi Pendidikan Anak Bangsa

Demi Pendidikan Anak Bangsa

Demi Pendidikan Anak Bangsa

Alhamdulillah… jadual padat sepanjang empat hari berada di Australia dimanfaatkan sepenuhnya melalui beberapa pertemuan strategik bersama pemimpin utama sektor pendidikan negara Australia iaitu Jason Clare, Menteri Pendidikan Australia, Andrew Giles, Menteri Kemahiran dan Latihan serta Julian Hill, Timbalan Menteri Pendidikan Antarabangsa sebelum bertemu dengan beberapa universiti terkemuka Australia termasuk Monash University, RMIT University, University of Melbourne, University of Sydney dan University of New South Wales (UNSW).

Lawatan ini berteraskan tiga objektif utama:

Pertama: Memperluas pendidikan transnasional (silang negara) secara lebih efektif dan mampan, termasuk meneroka model kerjasama baharu yang lebih kos efektif seperti program berkembar, 2+2 dan 3+1 dalam pelbagai bidang strategik. Pendekatan ini membolehkan kos dioptimumkan tanpa menjejaskan kualiti, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai pelajar MARA melanjutkan pengajian ke Australia.

Kedua: Memperkukuh agenda High TVET melalui pemindahan teknologi, penyelidikan bersama serta jaringan industri antarabangsa. Kerjasama ini bukan sekadar mobiliti pelajar, tetapi melibatkan pembangunan kurikulum berimpak tinggi, pendedahan kepada teknologi High TVET, semikonduktor, dan lain-lain serta peluang latihan industri bertaraf global. Pendekatan ini memperkukuh laluan pendidikan teknikal dan profesional ke peringkat antarabangsa serta membuka peluang lebih luas kepada pelajar TVET berprestasi tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais


Ketiga: Meningkatkan hubungan strategik ke tahap lebih tinggi. Bersempena ulang tahun ke-60 MARA tahun ini, kita komited memperkukuh kolaborasi sedia ada termasuk rundingan kadar diskaun yuran pengajian supaya jumlah pelajar dapat ditingkatkan secara mampan dan berterusan pada masa hadapan.

Segala usaha ini tidak lain dan tidak bukan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus menjadi keutamaan.

Insya-Allah, MARA akan terus komited memartabatkan agenda pendidikan serta mengangkat generasi muda negara ke peringkat global agar mampu bersaing dan cemerlang di pentas dunia.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Pengerusi MARA
Setiausaha Agung UMNO

Demi Pendidikan Anak Bangsa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker