UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menyifatkan landskap politik negara ketika ini berada dalam satu fasa yang cukup pelik dan sarat dengan kepincangan dalaman parti-parti tertentu.
Menurutnya, sebuah parti yang dahulunya membawa slogan perpaduan kini semakin berpecah akibat perebutan jawatan dan krisis kepimpinan yang tidak berkesudahan.
“Pemimpin khianat yang pernah meninggalkan parti asal demi kuasa, akhirnya berdepan kifarah politik mereka sendiri. Perebutan jawatan, pemecatan sesama sendiri… akhirnya parti itu menunggu masa untuk hilang arah tanpa perlu campur tangan sesiapa pun.
“Satu lagi parti yang sering melaungkan imej Islamik pula tidak kurang bergolak. Apabila kepimpinan mula dipersoal dan kesetiaan walak tidak lagi mutlak, retakan dalaman makin jelas. Kerjasama dengan pihak yang dahulu ditentang, akhirnya memakan diri hingga kepimpinan negeri sendiri tumbang,” katanya.
Tambah TPR Abdul Razak, dalam sebuah parti lain pula, situasi menjadi semakin janggal apabila pemimpin nombor dua bertindak turun ke jalanan menentang pemimpin nombor satu mereka sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan
- Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda
- Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA

“Ironinya, pemimpin nombor satu itu memegang tampuk kuasa negara, namun kedudukannya kini dilihat bergantung kepada institusi yang juga sedang dipersoal oleh laporan media antarabangsa. Keadaan menjadi semakin canggung,” katanya lagi.
Dalam kekalutan tersebut, TPr Abdul Razak menegaskan bahawa UMNO memilih pendekatan berbeza – kekal tenang dan fokus kepada kestabilan.
“Di tengah-tengah kekalutan ini, ada satu parti yang memilih untuk tenang. Tidak perlu jerit paling kuat. Tidak perlu drama dalaman yang memalukan. Tidak perlu berpura-pura stabil.
“Kadang-kadang, dalam politik yang serabut dan penuh kepentingan, kestabilan itu sendiri adalah kekuatan,” tegas beliau.
Beliau percaya rakyat kini semakin matang dalam menilai situasi politik semasa dan mampu membezakan antara parti yang konsisten dengan parti yang hanya mengejar kuasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
- UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
- Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
“Rakyat sedang memerhati. Siapa yang konsisten. Siapa yang berprinsip. Siapa yang hanya mengejar kuasa.
“Dalam dunia politik yang makin pelik ini, yang stabil akan kekal. Yang tamak akan tumbang. Yang berprinsip akan kembali diyakini. Masa sentiasa menjadi hakim paling adil,” ujarnya.
Ujarnya lagi, UMNO akan terus komited memperkukuh parti, mengutamakan kestabilan dan memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa terheret dalam polemik politik yang merugikan negara dan kita sedang berada dalam satu fasa kepelikan politik. – UMNO Online
UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
- Keputusan Sertai UMNO Dibuat MKT – Ahmad Maslan
- Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais
You must be logged in to post a comment.