Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap agar sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini menjadi medan untuk terus memperkukuhkan perpaduan.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap telah menghadiri Majlis Makan Besar sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor Selatan pada Isnin.
“Syukur alhamdulillah, Majlis Makan Besar sempena Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Johor Selatan yang berlangsung di Southern University College dan dihadiri lebih 1,400 orang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan serta semangat kekeluargaan Bangsa Johor.
“Kerajaan Negeri sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa pembangunan mesti bersifat inklusif dan menyeluruh. Setiap kaum, setiap komuniti dan setiap lapisan masyarakat diberi perhatian yang seimbang.
“Dalam mendukung agenda pendidikan, Kerajaan Negeri Johor telah menyalurkan RM5.5 juta kepada Kolej Universiti Selatan sejak tahun 2022 hingga 2026. Bantuan ini merangkumi sokongan kebajikan dan bantuan terus kepada pelajar, agar anak-anak Johor mempunyai akses pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
- UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
- Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan

Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa Negeri Johor kekal stabil dan maju kerana memilih untuk bersatu dan tidak membiarkan perbezaan memisahkan mereka.
“Pada masa yang sama, warisan budaya terus dipelihara sebagai sebahagian daripada kekuatan identiti Johor. Sokongan kepada Perarakan Chingay dan Tarian Singa mencerminkan kepelbagaian budaya yang telah lama mewarnai negeri ini.
“Saya percaya, Johor kekal stabil dan maju kerana kita memilih untuk bersatu. Kita tidak membiarkan perbezaan memisahkan kita, sebaliknya menjadikannya asas untuk saling memahami dan memperkaya antara satu sama lain. Inilah semangat Bangsa Johor yang mesti kita pertahankan bersama.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini menjadi medan untuk terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati antara kaum dan agama, serta memelihara keharmonian yang menjadi kekuatan negeri ini. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan
- Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda
- Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.