Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah

Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah

Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur Program Rehlah Islahiyah selama tiga hari di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk berakhir hari ini dengan penuh penghayatan dan pengisian yang sangat bermakna buat seluruh jemaah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga bersyukur kerana berpeluang bersama-sama para jemaah dalam suasana tarbiah yang menyatukan hati, menghidupkan ukhuwah serta menguatkan kembali hubungan dengan Allah SWT.

“Apa yang lebih penting, rehlah ini menjadi medan untuk memperkukuh adab, membina kesatuan jiwa, dan menyuburkan semangat islah dalam kehidupan bermasyarakat dan amalan seharian serta memulih kerinduan para jemaah untuk berada dalam majlis ilmu dan ibadah yang menenangkan.

“Saya turut tersentuh apabila Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed semasa sesi Ta’lim Muzakarah yang mengingatkan para jemaah tentang kepentingan adab, keikhlasan, serta usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan menjaga hubungan sesama manusia,” katanya dalam satu entri di Facebook.

Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah

Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, termasuk 60 orang peserta konvoi bermotosikal yang turut memeriahkan perjalanan dan semangat kebersamaan sepanjang Rehlah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan


“Semoga segala amal ibadah dan setiap pengisian ilmu yang dilalui sepanjang program ini diterima Allah SWT.

“Mudah-mudahan Rehlah Islahiyah menjadi titik kekuatan untuk para jemaah terus istiqamah, memperbaiki diri, dan membawa nilai-nilai kebaikan ini pulang ke dalam kehidupan, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah,” doanya. – UMNO ONLINE

Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Simpan SSPN Terima Deposit RM24 Bilion – Pengerusi PTPTN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Simpan SSPN Terima Deposit RM24 Bilion – Pengerusi PTPTN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker