Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais

Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais

Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Lapan teras utama yang dijanjikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin untuk kawasan berkenaan mencapai kejayaan dan direalisasikan sepanjang diamanahkan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Sambil mengucapkan syukur dengan pencapaian tersebut, beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka berkata lapan teras berkenaan antaranya pemerkasaan ekonomi rakyat, taraf pendidikan, perumahan kos rendah, infrastruktur masjid, kemudahan kesihatan, perumahan kos rendah, capaian internet, aspek kesejahteraan dan keselamatan penduduk termasuklah penyelesaian isu banjir.

“Dari sudut pemerkasaan ekonomi rakyat, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan pengoperasian lokasi niaga terancang termasuklah penyusunan semula penjaja serta pengukuhan ekosistem peniaga kecil dan sederhana.

“Untuk sektor pendidikan pula beberapa buah sekolah baharu berjaya dibangunkan dan beroperasi di DUN Paya Rumput, selain pembinaan sekolah agama, tabika serta pemberian insentif pendidikan kepada pelajar setiap tahun.

“Dari segi capaian internet kita tangani melalui pembinaan puluhan menara telekomunikasi baharu dan ini memberi banyak manfaat serta menyelesaikan masalah capaian internet yang sering diadu oleh masyarakat setempat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan


Sementara itu, beliau turut memaklumkan Projek Empangan Durian Tunggal–Krubong bernilai ratusan juta ringgit yang sedang berjalan serta kerja-kerja naik taraf sistem perparitan di beberapa kawasan berisiko tinggi telah memberi kelegaan jangka panjang kepada ribuan penduduk berkaitan masalah banjir.

Begitu juga katanya kelulusan projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu yang bakal menyediakan ratusan unit rumah kepada penduduk yang layak bakal memberi limpahan manfaat kepada masyarakat setempat kelak.

Ketika berucap pada Perasmian Penutup Karnival Demi Paya Rumput yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh semalam, Rais turut menyifatkan karnival berkenaan amat bersejarah dengan penyatuan seluruh lapisan masyarakat.

“Seawal pagi, kita mulakan dengan Fun Walk yang menghidupkan suasana harmoni. Anak-anak menyerikan karnival dengan Pertandingan Mewarna dan Treasure Hunt, diikuti Pertandingan Akhir Konda Kondi, Pertandingan Memasak Wanita, serta Mobile Legends: Bang Bang Tournament.

“Dalam masa sama, program My Future Job PERKESO membuka peluang kerjaya kepada anak-anak muda dan pencari kerja, selain penajaan Skim Caruman Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada 100 penerima,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


Rais turut menjelaskan bahawa acara berkenaan menjadi wadah untuk beliau membentangkan laporan kejayaan menyempurnakan “8 Janji Manifesto” yang pernah dijanjikan sejak awal beliau dipilih sebagai ADUN Paya Rumput.

“Inilah amanah yang saya pikul dan perjuangkan selama ini. Akhirnya, setiap satu berjaya ditunaikan dengan sempurna. Semua kejayaan ini dilaksanakan dengan izin Allah serta sokongan padu Kerajaan Negeri dan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), jabatan serta agensi kerajaan, rakan strategik dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan karnival tersebut.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat DUN Paya Rumput atas sokongan berterusan. Insya-Allah, perjuangan ini tidak akan terhenti di sini. Kita kekal istiqamah dan terus bergandingan melangkah ke hadapan bersama,” katanya. – UMNO Online

Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Simpan SSPN Terima Deposit RM24 Bilion – Pengerusi PTPTN

 



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker