Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda
Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican menyifatkan platform media sosial perlu didekati lebih serius dan strategik sebagai medium utama untuk mendekati golongan muda.
Beliau berkata, ini kerana realiti politik semasa menunjukkan generasi muda banyak membentuk persepsi serta kecenderungan politik mereka melalui kandungan yang dilihat di platform digital.
“Anak muda ini kebanyakannya membulatkan sokongan berdasarkan kepada apa yang mereka lihat di media sosial.
“Dia jarang boleh bersemuka dengan tokoh-tokoh pemimpin atau terlibat dengan program-program tapi dia membentuk minda politik melalui apa yang diterima melalui media sosial.
“Jadi kita kena perbanyakkan kehadiran kita dalam media sosial because this is a new war,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Hasnal berkata demikian ketika ditemui UMNO Online pada Majlis Perasmian Pejabat UMNO Bahagian Selayang yang diadakan malam tadi, dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan kepimpinan bahagian.
Sementara itu beliau turut menyifatkan pendekatan komunikasi parti juga perlu lebih berani dan seimbang, khususnya dalam mendepani persaingan politik yang semakin mencabar.
Menurutnya, ini kerana gerak kerja di media sosial dan lapangan tidak boleh sekadar tertumpu kepada memperkenalkan parti semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara lebih agresif.
“Di samping memperkenalkan parti, pada masa sama kita perlu bertindak secara lebih agresif tidak boleh hanya bersikap defensif, kita juga perlu berani menyerang dengan hujah dan fakta.
“Justeru, jika kita ingin menyerang, kita perlu meneliti serta membongkar kelemahan dan kegagalan pihak lawan yang boleh menghakis keyakinan anak muda serta pengundi muda terhadap parti-parti tersebut. Bukan sekadar menunjukkan bahawa kita mempunyai integriti dan tadbir urus yang baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
“Barisan Nasional sebelum ini juga mempunyai rekod tatakelola yang baik. Namun, kita sering berada dalam keadaan defensif, lebih banyak mempertahankan identiti, tindakan dan pendekatan sendiri, berbanding menyasarkan kelemahan pihak lawan secara berkesan,” ujar beliau. – UMNO Online
Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
- UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
- Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
You must be logged in to post a comment.