Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan

Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan

Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan

KEBELAKANGAN ini, rakyat Johor sekali lagi dipertontonkan satu sandiwara politik basi yang berulang saban kali musim pilihan raya semakin hampir.

2. ⁠Tokoh-tokoh politik lama yang sebelum ini lesap, sendu dan gagal menjalankan amanah ketika diberikan kuasa, termasuklah muka-muka baru yang kini tiba-tiba muncul menonjolkan diri dan wajah mereka, kononnya sebagai pembela rakyat.

3. ⁠Mereka inilah wajah sebenar politik bermusim:
* Senyap ketika rakyat terhimpit.
* Bisu ketika Johor bergelut.
* Ghaib ketika tanggungjawab berada di tangan mereka.

4. Namun hari ini, dengan penuh hipokrasi, mereka kembali membawa naratif songsang, dakyah murahan dan fitnah tidak berasas, sambil berselindung di sebalik slogan palsu “suara rakyat”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


5. ⁠Hakikatnya, inilah kumpulan yang gagal ketika diuji, tetapi kini lantang kerana kuasa kembali menjadi taruhan.

6. ⁠Lebih menjijikkan, ada parti dan individu yang sanggup menunggang isu sensitif, memutar belit fakta dan mempermainkan emosi rakyat demi mencipta ilusi palsu seolah-olah merekalah “hero segera” dan penyelamat Johor.

7. ⁠Ini bukan politik perjuangan, tetapi ini politik penipuan dan manipulasi.

8. ⁠Rakyat Johor bukan lagi rakyat yang mudah diperdaya. Hipokrasi ini sudah terlalu lama dikenali.

9. Wajah-wajah ini bukan baharu, hanya skrip mereka yang diulang.

10. ⁠Rakyat Johor perlu berwaspada dan berani menolak politik kotor yang berpaksikan fitnah, tohmahan dan janji kosong. Rekod tidak boleh dipadam. Fakta tidak boleh dipadam. Sejarah kegagalan tidak boleh disorok hanya dengan jeritan dan lakonan menjelang pilihan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang


11. ⁠Kepimpinan sebenar bukan diukur melalui retorik panas atau serangan bermusim, tetapi melalui:
• kerja berterusan,
• kehadiran di lapangan,
• keberanian menyelesaikan masalah,
• dan kesanggupan memikul tanggungjawab ketika keadaan paling sukar.

12. Johor tidak memerlukan politik fitnah. Johor tidak perlukan “hero segera” yang muncul hanya ketika kuasa menjadi taruhan. Johor memerlukan kepimpinan yang terbukti, stabil dan berintegriti.

13. Rakyat Johor berhak menilai dengan akal yang waras, sikap matang dan berpaksikan fakta, bukan diperalat oleh mereka yang hanya muncul apabila kuasa dan jawatan kembali menjadi godaan.

14. Sekali lagi ditegaskan, Johor bukan pentas eksperimen politik. Johor bukan medan sandiwara bermusim. Johor milik Bangsa Johor! Johor bukan milik oportunis politik.

MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor | ADUN Larkin

Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker