Pencuri tuala, seluar dalam akhirnya tertangkap
Pencuri tuala, seluar dalam akhirnya tertangkap

WELLINGTON – Pencuri bersiri yang melarikan pelbagai barangan termasuk tuala, kasut dan seluar dalam dari sebuah sekolah di New Zealand selama lebih setahun akhirnya dikenal pasti, lapor laman berita UPI.
Pengetua Sekolah Apanui di Whakatāne, Marama Stewart berkata, barangan itu hilang secara misteri dari sekolah selama lebih setahun, terutamanya semasa musim kolam renang digunakan.
Pihak sekolah memasang kamera keselamatan dan menyiarkan video pencuri itu beraksi di laman Facebook. Ia menunjukkan seekor kucing hitam menyeret tuala besar melintasi padang permainan.
“Apabila seluar renang dan dan tuala hilang, saya memeriksa kamera keselamatan dan melihat ‘pesalah kecil’ ini. Sejumlah besar barangan ditemui di belakang bangsal sekolah,” kata Stewart.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
- UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
- Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
Beliau berkata, penjaga sekolah telah menghubungi pemilik kucing itu, yang mengesahkan bahawa haiwan peliharaan mereka adalah pencuri ‘terkenal’. AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan
- Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda
- Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.