Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA
Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengusulkan pendekatan lebih strategik melalui pelaksanaan ‘twinning programme’, sebahagian pengajian di Malaysia dan sebahagian lagi di Australia supaya kos dapat dikurangkan tetapi kualiti serta pengalaman antarabangsa tetap dikekalkan.
Ujar Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO, dengan model ini, lebih ramai anak-anak MARA berpeluang merasai pengalaman pendidikan di luar negara.
“Alhamdulillah, Menteri Pendidikan Australia menyambut baik cadangan ini. Malah universiti-universiti seperti RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology) telah mempunyai pengalaman melaksanakan program seumpama ini dengan negara lain dan bersedia memperkukuh kerjasama bersama MARA.
“Saya turut memohon diskaun yuran pengajian di samping memperluas pertukaran pelajar, pemindahan ilmu, teknologi serta hubungan dengan industri, agar manfaatnya lebih menyeluruh kepada pelajar kita,” katanya menerusi satu entri di Facebook.

Dalam rangka kerja lawatannya ke Australia, Dr Asyraf bersyukur dalam sesi perbincangan rasmi bersama Menteri Pendidikan negara itu Jason Clare, pihaknya menyatakan komitmen MARA untuk terus menghantar pelajar ke luar negara termasuk Australia bagi mendapatkan pendedahan global, perspektif baharu dan jaringan industri antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Ulasnya lagi, kehadiran delegasi MARA dengan mandat jelas daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk membina kolaborasi pendidikan yang lebih kukuh antara Malaysia dan Australia.
“Insya-Allah, usaha ini akan membuka lebih banyak peluang kepada generasi MARA untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” ujarnya. – UMNO ONLINE
Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
- UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
- Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
You must be logged in to post a comment.