Zii Jia tonggak penting skuad Piala Thomas

Zii Jia tonggak penting skuad Piala Thomas

Zii Jia tonggak penting skuad Piala Thomas
ZII Jia masih belum beri jawapan kepada jemputan BAM untuk menyertai skuad Piala Thomas.

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen mengakui pemain profesional perseorangan negara, Lee Zii Jia bakal menjadi watak penting sekiranya bersetuju menyertai skuad negara bagi menghadapi Piala Thomas yang dijadual berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei depan.

Menurut Jonassen, Malaysia perlu menurunkan pasukan paling kuat bagi memastikan cabaran di kejohanan berpasukan berprestij itu dapat diharungi dengan sebaik mungkin.

“Saya bersetuju dengan pendapat semua kita perlu cuba menurunkan pasukan paling kuat sepanjang 10 hari di Denmark. Jadi jika dia (Zii Jia) benar-benar cergas dan komited, sudah tentu dia akan menjadi antara tonggak penting dalam pasukan Piala Thomas,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Bagaimanapun, Jonassen berkata sehingga kini Zii Jia masih belum memberikan sebarang jawapan sama ada bersetuju atau tidak untuk menyertai skuad negara.

“Seperti anda tahu, sejak semalam saya rasa tiada perkembangan baharu. Jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Apabila ada perkembangan terkini, sudah tentu kami akan berkongsi maklumat itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


Ditanya mengenai perancangan pasukan sekiranya Zii Jia menolak panggilan skuad Piala Thomas, Jonassen menegaskan semua pemain dalam skuad kebangsaan sedar akan cabaran besar yang menanti, terutama mengambil kira kedudukan ranking dunia pemain perseorangan negara ketika ini.

“Apa yang pasti, kami sedang membuat persiapan sebaik mungkin supaya semua pemain bersedia untuk tampil menggalas tugas. Mereka tahu cabaran besar menanti, tetapi mereka kekal komited untuk memberikan yang terbaik.

“Pemain perlu berani bermimpi besar serta mencuba habis-habisan kerana jika kita sudah beri segala-galanya walaupun tidak berjaya, sekurang-kurangnya kita tahu kita sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei menerusi laporan Arena Metro semalam berkata, badan induk itu sudah menghulurkan jemputan rasmi kepada pemain berstatus profesional iaitu Zii Jia; gandingan beregu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Aidil Sholeh Ali Sadikin untuk menyertai kem latihan Piala Thomas.

Zii Jia tonggak penting skuad Piala Thomas

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker