Wanita kedua dikerat, mayat dibuang dalam tong sampah

Wanita kedua dikerat, mayat dibuang dalam tong sampah

Wanita kedua dikerat, mayat dibuang dalam tong sampah
KENDERAAN polis dilihat di lokasi kejadian di Istanbul, baru-baru ini. – AGENSI

ISTANBUL – Dua suspek yang ditahan kerana membunuh seorang wanita Uzbekistan dan membuang mayat mangsa tanpa kepala di dalam tong sampah, disyaki membunuh wanita kedua dengan cara sama, lapor media Turkiye semalam.

Kedua-dua wanita yang merupakan warga Uzbekistan itu dibunuh di tempat sama pada atau sekitar 23 Januari lalu di daerah Sisli, Istanbul.

Lewat 24 Januari lepas, polis menemui mayat tanpa kepala Durdona Khakimova, 37, yang dibungkus dengan cadar dan dibuang ke dalam tong sampah. Kakinya juga dipotong.

Selepas meneliti rakaman CCTV, polis menahan dua lelaki, juga warga Uzbekistan, di lapangan terbang Istanbul ketika mereka cuba melarikan diri.

Polis kini percaya mereka membunuh wanita kedua, Ergashalieva Sayyora, 32, selepas menemui cebisan mayat mangsa di dalam beberapa tong sampah di serata Istanbul, lapor agensi berita DHA dan Halk TV semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


Sayyora tiba di Turkiye pada 28 Disember 2025 dan berhubung dengan keluarganya sehingga 23 Januari lalu.

Polis menyiasat kehilangannya dan mendapati dia tinggal di rumah di mana Khakimova dibunuh.

Kedua-dua wanita itu tinggal bersama kira-kira sebulan bersama suspek dan Sayyora telah menjalinkan hubungan dengan salah seorang daripada mereka.

Semasa menyoal siasat suspek, polis mendapat tahu Sayyora dibunuh dengan senjata tajam pada 23 Januari dan mayatnya dikerat-kerat.

Kedua-dua suspek dihadapkan ke mahkamah pada hari ini kerana tuduhan membunuh. – AFP

Wanita kedua dikerat, mayat dibuang dalam tong sampah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker