UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pemuda UMNO Bahagian Damansara berpandangan cadangan untuk UMNO bergabung dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang perlu diukur setiap inci serta diteliti secara mendalam dari sudut tadbir urus dan siasah syariah.
Exco Pemudanya, Ahmad Tarmizi Che Age berkata, dalam menentukan hala tuju politik parti, sebarang keputusan mesti berlandaskan prinsip menjaga kepentingan rakyat, parti dan agama, bukan semata-mata pertimbangan jangka pendek.
Katanya, siasah syariah menekankan bahawa pemimpin dan parti tidak boleh menggadaikan prinsip demi kemenangan segera atau pendekatan bersifat ‘cuba-cuba’ yang akhirnya merugikan perjuangan jangka panjang.
“Analisis prestasi pilihan raya terdahulu menunjukkan bahawa Pas mengalami kekalahan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Melaka. Ini menandakan pengaruh mereka di negeri ini sangat terhad dan tidak mampu menyumbang secara signifikan kepada kemenangan UMNO.
“Strategi kerjasama dengan parti yang lemah prestasinya menimbulkan risiko reputasi dan kredibiliti UMNO. Rakyat berhak menilai parti berdasarkan prinsip dan konsistensi perjuangan. Kerjasama dengan parti yang dilihat ‘tidak setia kawan’ boleh menimbulkan persepsi negatif, sekaligus menghakis kepercayaan ahli dan akar umbi terhadap UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
“Keadilan dan kesetiaan, rakan politik mestilah memelihara amanah dan tidak menentang kepentingan rakyat dan agama. Manfaat strategik, kerjasama mesti mampu membawa kebaikan yang jelas kepada parti dan rakyat, bukan semata-mata angka kemenangan,” katanya kepada UMNO Online.
Tambah beliau, risiko merosakkan integriti parti dan prinsip perjuangan tidak boleh dipandang ringan. Ianya berbeza situasi gabungan dalam Kerajaan Madani dan gabungan gila untuk menyerahkan ‘seat’ menang kepada Pas, jika tersilap langkah mungkin kerusi yang diberikan kepada Pas akan kalah.

“Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa kerjasama antara UMNO dan Pas bukan tanpa risiko. Pas pernah bergabung sebagai rakan parti tetapi akhirnya keluar meninggalkan UMNO demi kepentingan sendiri.
“Kejadian ini menimbulkan keraguan terhadap kesetiaan Pas dan menekankan bahawa parti yang tidak setia kawan tidak boleh dijadikan rakan strategik yang kukuh. Pas tidak memiliki rekod prestasi yang kukuh, dan gabungan itu berpotensi menjejaskan prinsip perjuangan UMNO,” katanya lagi.
Seterusnya kata Tarmizi lagi, kekuatan parti harus dibina melalui prinsip yang jelas, kepimpinan yang berintegriti, dan sokongan rakyat yang diperoleh melalui perjuangan sebenar, bukan melalui kompromi dengan parti yang tidak selari dengan nilai dan prinsip parti.
“Dengan pendekatan ini, UMNO akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai benteng agama, bangsa, dan negara, sambil memastikan tadbir urus politiknya berlandaskan keadilan dan maslahat rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
“Perjuangan kita untuk agama, bangsa, dan negara tidak boleh diganggu oleh keputusan tergesa-gesa atau strategi yang tidak matang. Kita berdiri teguh, bersatu padu, dan bersedia menunggu masa yang tepat untuk setiap langkah,” ujarnya.
Ujarnya lagi, dengan semangat yang realistik, bukan sekadar retorik, tetapi berakar pada prinsip perjuangan yang tidak tergoyahkan dan komitmen kepada masyarakat. – UMNO Online
UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.