Sistem 15 mata, BAM belum buat keputusan

Sistem 15 mata, BAM belum buat keputusan

Sistem 15 mata, BAM belum buat keputusan
BAM kaji dulu sebelum undi sistem baharu 15 mata. -FOTO Raihana Mansor

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum membuat sebarang ketetapan sama ada menyokong atau sebaliknya cadangan sistem pemarkahan 15 mata yang dicadangkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebagai format rasmi pertandingan.

Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh berkata, badan induk itu akan mengadakan perbincangan dalaman terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BWF.

“Untuk BAM, sebelum kita pergi ke mesyuarat agung (BWF) nanti, mungkin kita akan membuat perbincangan dalaman dengan pemain dan juga jurulatih sebelum membuat keputusan,” katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Mengulas cadangan perubahan format daripada 21 mata kepada 15 mata, Kenny berkata beliau memahami rasional BWF mengemukakan idea berkenaan, khususnya dari sudut komersial dan kebajikan pemain.

“Kedua, mengikut kajian BWF, sistem 15 mata ini mungkin akan menjadikan permainan lebih menarik dan satu lagi, kononnya ia dapat mempercepatkan proses pemulihan, sekali gus lebih ‘mesra’ kepada pemain.

“Bagaimanapun, bagi saya secara peribadi, susah untuk kita kata sama ada sistem 15 mata ini baik dan sesuai atau tidak kerana segala ujian yang mereka lakukan lebih tertumpu kepada kejohanan bawahan. Mereka tidak pernah mengujinya di kejohanan utama,” katanya.

Menurut Kenny, bagi membolehkan sistem baharu itu dilaksanakan secara rasmi, BWF memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kira-kira 200 ahli gabungan BWF seluruh dunia.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan BAM sudah mendapatkan maklum balas daripada persatuan negeri mengenai ujian sistem 15 mata yang pernah dilaksanakan pada kejohanan peringkat Cabaran Antarabangsa serta Kejohanan Kebangsaan.

Semalam, BWF menerusi satu kenyataan berkata, Majlis BWF bersetuju untuk mencadangkan sistem 15 mata sebagai format pemarkahan rasmi pertandingan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang


BWF dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu akan dibentangkan untuk undian ahli pada AGM BWF yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di Horsens, Denmark.

Sistem 15 mata, BAM belum buat keputusan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker