Nova beri amaran, 15 mata tak mudah buat Asia

Nova beri amaran, 15 mata tak mudah buat Asia

Nova beri amaran, 15 mata tak mudah buat Asia
NOVA ketika ditemubual menjelang kejohanan All England di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara. -FOTO Nabila Adlina Azahari

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto menyifatkan sistem 15 mata berpotensi memberi kelebihan kepada pemain tertentu, termasuk dari Asia seperti China serta Eropah, sekiranya ia dimuktamadkan sebagai format rasmi pertandingan.

Menurut Nova, tempo permainan akan menjadi jauh lebih pantas dan menuntut tahap fokus yang sangat tinggi daripada pemain.

“Saya rasa 15 mata akan menjadikan perlawanan terlalu cepat. Kalau lihat cara pemain Eropah beraksi dan ketika sesi latihan, mereka memang lebih sesuai dengan sistem ini.

“Tapi kalau memang itu sudah diputuskan oleh BWF (Persekutuan Badminton Dunia), kita mesti ikut dan sesuaikan latihan. Yang paling penting adalah fokus kerana permainan jadi sangat pendek dan ruang untuk buat kesilapan sangat sedikit,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badminton negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Nova menegaskan pemain Asia memiliki kelebihan dari segi keupayaan menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan format permainan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


“Di Asia, kita sudah biasa dengan pelbagai sistem dan boleh sesuaikan diri. Tetapi pada pandangan saya, dalam fasa awal ini mungkin ia lebih menguntungkan pemain Eropah,” katanya.

Semalam, BWF menerusi satu kenyataan berkata, Majlis BWF bersetuju untuk mencadangkan sistem 15 mata sebagai format pemarkahan rasmi pertandingan.

BWF dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu akan dibentangkan untuk undian ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BWF yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di Horsens, Denmark.

Cadangan berkenaan dibuat selepas proses penilaian terperinci selama beberapa tahun yang merangkumi analisis statistik, ujian pertandingan secara langsung, serta perundingan bersama pihak berkepentingan utama dalam komuniti badminton.

Pada mesyuaratnya pada 8 November 2025, Majlis BWF bersetuju sistem 15 mata menawarkan keseimbangan terbaik dari segi keterujaan perlawanan, keadilan persaingan, kebajikan pemain serta persembahan kejohanan.

Sistem berkenaan sebelum ini sudah diuji dalam beberapa kejohanan kebangsaan terpilih serta kejohanan Gred 3, selain digunakan pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2025.

Nova beri amaran, 15 mata tak mudah buat Asia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker