Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan

MELAKA, 13 Feb – Kerajaan Negeri Melaka terus memperkukuh landskap perkhidmatan kesihatan apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyempurnakan majlis pecah tanah dua projek hospital utama iaitu Putra Specialist Hospital 2 dan Brain & Spine Hospital di Mukim Bukit Baru, hari ini.
Menurut beliau, inisiatif tersebut menjadi mercu tanda baharu dalam usaha menjadikan Melaka sebagai hab pelancongan perubatan menerusi aspirasi “Kota Kesihatan Melaka”.
“Alhamdulillah, satu lagi lakaran sejarah tercipta apabila saya menyempurnakan majlis pecah tanah dua projek hospital utama… Inisiatif ini menjadi mercu tanda baharu dalam memperkukuh landskap perkhidmatan kesihatan negeri Melaka sekali gus menyifatkan projek ini apabila siap kelak sebagai Kota Kesihatan Melaka,” katanya
Ujarnya, Putra Specialist Hospital 2, anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Melaka, bakal menyediakan sehingga 300 katil bagi memperluas akses kepada rawatan pakar serta teknologi perubatan moden.
“Sejak tahun 2023 hingga 2025, lebih 10,000 pelancong kesihatan telah mendapatkan rawatan di Putra Hospital Melaka. Ini satu bukti keyakinan berterusan terhadap keupayaan dan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Ujar Ab Rauf, hospital berkenaan juga akan berfungsi sebagai pusat rawatan awal pesakit jantung di Wilayah Selatan sebelum dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN), dengan kolaborasi perkhidmatan IJN terus diperkukuh bagi memastikan kesinambungan rawatan yang lebih komprehensif.
Dalam majlis sama, Ab Rauf turut menyaksikan pertukaran dokumen Surat Tawaran antara MCORP dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), selain pertukaran dokumen perjanjian antara MCORP dan Putra Specialist Hospital sebagai simbol komitmen bersama menjayakan projek berkenaan.
Beliau optimis “Kota Kesihatan Melaka” bakal menjadi pemangkin kemakmuran, memperkasa sektor kesihatan dan meletakkan Melaka di peta pelancongan perubatan dunia. – UMNO Online
Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.