Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kerajaan Negeri Johor akan terus memperkukuh kerjasama bersama FELCRA dalam agenda pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan, kata Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Onn Hafiz memaklumkan FELCRA telah menyalurkan RM68.48 juta tahun ini kepada Kerajaan Negeri untuk Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
“Alhamdulillah, FELCRA telah menyalurkan RM68.48 juta tahun ini kepada Kerajaan Negeri untuk Program SPKR. Dana ini akan dimanfaatkan secara telus, tersusun dan bersasar bagi membantu rakyat termiskin yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih di Johor.
“Dalam tempoh lima tahun juga, FELCRA telah menyalurkan RM311.9 juta keuntungan kepada lebih 11,000 peserta di Johor. Ini membuktikan bahawa sektor pertanian dan pengurusan tanah yang cekap mampu menjana pulangan mampan serta meningkatkan taraf hidup Bangsa Johor.
“Insya-Allah Kerajaan Negeri Johor akan terus memperkukuh kerjasama bersama FELCRA dalam agenda pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar kerjasama tersebut akan dapat terus memacu kemakmuran Negeri Johor secara inklusif.
“Dalam pertemuan bersama beliau, pelbagai perkara berkaitan pengukuhan operasi dan pengurusan aset FELCRA di Johor telah dibincangkan untuk memastikan tadbir urus yang lebih teratur, telus dan berdaya saing.
“Langkah ini penting supaya setiap fasiliti dan projek yang dilaksanakan terus memberi manfaat maksimum kepada peserta serta komuniti setempat.
“Semoga sinergi erat ini akan terus memperkukuh ekonomi luar bandar, menjamin kesejahteraan peserta sekaligus memacu kemakmuran Johor secara inklusif. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.