Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy

JEMPOL, 13 Feb – Selepas projek pembinaan bulatan dan naik taraf jalan kampung siap sepenuhnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, tampil menegaskan komitmennya terhadap pembangunan di kawasan tersebut sambil menyelar pihak tertentu yang sebelum ini lantang mengkritik, namun kini didakwa menghilang apabila hasil kerja terbukti memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau berkata, projek pembinaan bulatan serta naik taraf jalan kampung yang sebelum ini dipersoalkan kini telah siap sepenuhnya dan memberi manfaat langsung kepada penduduk dari segi keselamatan serta keselesaan.
Menurutnya, dakwaan kononnya projek tersebut tidak masuk akal dan membazir wang rakyat terbukti meleset selepas hasil kerja dapat dilihat secara nyata.
“Sebelum ini ada yang kata projek ini tidak masuk akal dan membazir duit rakyat. Hari ini, bulatan sudah siap dan jalan kampung juga sudah siap. Keadaannya lebih kemas, cantik dan selamat. Ini bukan soal pujian, ini soal tanggungjawab kepada rakyat,” katanya.
Mohd Zaidy menegaskan bahawa mengkritik adalah perkara mudah, namun melaksanakan pembangunan memerlukan amanah dan keikhlasan.
“Nak kritik memang senang, tetapi nak buat kerja itu amanah. Saya tidak bina untuk pujian, saya bina untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jeram Padang bukan tempat sembang kosong. Di sini kita buat kerja,” tegas beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Beliau turut menyindir fenomena yang disifatkannya sebagai politik bermusim, merujuk kepada individu atau kumpulan yang hanya muncul apabila ada liputan media, namun menghilang apabila kerja sebenar bermula.
“Ada yang datang bila ada kamera, tetapi hilang bila tiba masa bekerja. Jeram Padang bukan pentas uji bakat,” katanya.
Mengulas cadangan pembinaan pusat pemuliharaan anjing di kawasan berkenaan, Mohd Zaidy menegaskan bahawa semua pihak wajib mematuhi saluran undang-undang yang sah serta prosedur ditetapkan pihak berkuasa.
Beliau mendakwa terdapat usaha menggunakan nama penduduk tempatan bagi menggerakkan projek tersebut, namun pihak terlibat didakwa mengambil sikap berdiam diri apabila isu tindakan undang-undang dibangkitkan.
“Bila nak bina pusat pemuliharaan anjing, nama orang tempatan digunakan. Tetapi apabila disebut soal tindakan undang-undang, tiba-tiba senyap dan kononnya tidak tahu apa-apa. Kalau benar niat itu ikhlas, sepatutnya ia dibuat mengikut saluran yang sah,” katanya.
Dalam hal ini, Mohd Zaidy mengingatkan supaya tiada pihak memperalatkan komuniti Orang Asli demi agenda peribadi atau kepentingan tersembunyi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir

“Jangan jadikan Orang Asli sebagai perisai untuk agenda sendiri. Jangan jadi dalang di belakang tabir. Undang-undang bukan untuk dipermainkan,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan soal tanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.
“Apabila hukuman dikenakan kelak, siapa yang akan bertanggungjawab? Biasanya semua senyap dan cuba selamatkan diri,” bidasnya.
Mohd Zaidy juga menegaskan bahawa pembangunan di Jeram Padang akan terus dilaksanakan berlandaskan prosedur sah dan kepentingan rakyat, sambil menolak budaya politik sensasi.
“Kami fokus buat kerja, bukan cipta drama.” – UMNO Online
You must be logged in to post a comment.