BAM sahkan Pei Kee sudah menghantar surat pengunduran
BAM sahkan Pei Kee sudah menghantar surat pengunduran

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan sudah menerima surat pengunduran pemain beregu wanita negara, Goh Pei Kee baru-baru ini.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh bagaimanapun berkata, badan induk itu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada menerima atau menolak surat yang dihantar pemain berkenaan.
“Kita belum buat sebarang keputusan rasmi berhubung perletakan jawatan Pei Kee. Saya difahamkan Datuk Seri Lee Chong Wei nak jumpa pemain itu selepas ini.
“Jadi kita akan tunggu perjumpaan itu dulu sebelum buat apa-apa keputusan berhubung perkara berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan negara hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Sebelum berita Pei Kee berhasrat meninggalkan skuad kebangsaan tular, pemain itu mengejutkan ramai apabila menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan pasangannya, Teoh Mei Xing.
Sepanjang bergandingan, pasangan berkenaan pernah mencapai ranking terbaik dunia di kedudukan ke-18 selain muncul juara Malaysia Super 100 pada 2024.
Pei Kee difahamkan pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru dan tidak lagi menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
BAM sahkan Pei Kee sudah menghantar surat pengunduran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Lancar Dua Projek Hospital Utama, Jadi Hab Pelancongan Perubatan
- UMNO Perlu Teguh Prinsip, Tolak Kerjasama Berisiko – Ahmad Tarmizi
- Jeram Padang Bukan Pentas Sembang Kosong, Projek Dibina Demi Rakyat – Mohd Zaidy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Perkukuh Kerjasama Bersama FELCRA, Basmi Kemiskinan
You must be logged in to post a comment.