Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang

 

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini melancarkan Pembangunan dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Negeri Pahang Darul Makmur

KUANTAN, 12 Feb — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini melancarkan Pembangunan dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Negeri Pahang Darul Makmur sebagai langkah strategik memperkukuh pentadbiran tanah negeri.

Beliau berkata, berdasarkan realiti keluasan negeri, jumlah hak milik yang besar, kawasan berhutan yang luas serta kewujudan Tanah Rizab Melayu yang signifikan, pembangunan Sistem e-Tanah bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan strategik.

“Sistem ini diyakini mampu memperkemaskan tadbir urus di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di seluruh negeri, di samping mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan proses kerja, serta meningkatkan tahap ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti,” katanya.

Menurut beliau, pelantikan Champion Sistem e-Tanah merupakan pendekatan strategik bagi memastikan sistem itu benar-benar difahami, dikuasai dan diaplikasikan secara menyeluruh di semua peringkat pelaksanaannya.

“Insya-Allah, Sistem e-Tanah Negeri Pahang Darul Makmur akan menjadi contoh kejayaan transformasi digital dalam pentadbiran tanah yang bukan sahaja boleh kita banggakan, malah menjadi rujukan kepada negeri-negeri lain di seluruh negara,” katanya. – UMNO Online

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker