Remaja 18 tahun dipercayai dibunuh di rumah sewa

Remaja 18 tahun dipercayai dibunuh di rumah sewa

Remaja 18 tahun dipercayai dibunuh di rumah sewa
Foto hiasan

KUCHING: Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lundu, Superintendan Sudirman Kram, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 7.12 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mangsa dihantar ke Unit Kecemasan HUS dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan bengkak pada bahagian mata dan pipi kiri serta kesan darah kering pada hidung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sudirman berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama-sama beberapa rakan sekerja menghadiri perjumpaan sosial dan dipercayai mengambil minuman keras sebelum kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


Beliau berkata, selepas itu berlaku pertengkaran antara mangsa dengan seorang rakan sekerja yang tinggal serumah sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

“Mangsa dilaporkan pengsan selepas kejadian dan dibawa ke hospital oleh suspek untuk rawatan,” katanya.

Sudirman berkata polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 33 tahun dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda serta beberapa telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, polis juga giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Remaja 18 tahun dipercayai dibunuh di rumah sewa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker