Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yassin turun padang bersama Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ahli-Ahli Majlis serta pegawai perlesenan dalam satu sesi walkabout di Pasar Malam Taman Rambai Utama, petang semalam.
Kehadiran beliau bersama delegasi MBMB itu bertujuan meninjau sendiri operasi pasar malam selain beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung yang hadir.
Menurut Rais, program turun padang seperti ini amat penting bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa peka terhadap keperluan rakyat, khususnya golongan peniaga kecil yang menjadi antara penggerak utama ekonomi setempat.
“Alhamdulillah, suasana cukup meriah. Saya berpeluang beramah mesra dan bertegur sapa dengan para peniaga serta pengunjung dalam suasana santai dan penuh kemesraan. Kehadiran kami juga untuk mendengar sendiri pandangan serta keperluan peniaga agar pasar malam terus teratur, bersih dan selesa untuk semua,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan syarat lesen perlu sentiasa diberi perhatian agar imej pasar malam sebagai lokasi tumpuan komuniti terus terpelihara. Kerjasama erat antara peniaga dan pihak berkuasa tempatan, katanya, amat penting dalam memastikan kelancaran operasi serta keselesaan pengunjung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
Dalam sesi tersebut, Rais turut menyampaikan apron percuma kepada para peniaga sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha mereka menggerakkan ekonomi setempat.
Inisiatif kecil itu, menurut beliau, diharap dapat menyuntik semangat peniaga untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Rais dalam masa sama merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Taman Rambai Utama atas sambutan yang sangat baik serta komitmen dalam menjayakan pasar malam sebagai platform ekonomi komuniti yang inklusif dan berdaya saing. – UMNO Online
Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
You must be logged in to post a comment.