Pemilik United minta maaf selepas anggap UK dijajah pendatang

Pemilik United minta maaf selepas anggap UK dijajah pendatang

Pemilik United minta maaf selepas anggap UK dijajah pendatang
RATCLIFFE dakwa tidak berniat memperlekehkan UK. FOTO AFP

London: Pemilik bersama Manchester United, Jim Ratcliffe hari ini memohon maaf selepas menyatakan bahawa ‘UK telah dijajah oleh pendatang’.

Ahli perniagaan bilionair itu, pengasas dan pengerusi syarikat kimia Ineos, membuat kenyataan tersebut dalam satu temu bual televisyen, di mana beliau mencadangkan bahawa ‘tahap imigrasi yang sangat tinggi’ ke UK telah menjejaskan ekonomi.

Bagaimanapun, susulan gesaan supaya beliau memohon maaf, termasuk daripada Perdana Menteri Keir Starmer, Ratcliffe yang berusia 73 tahun berkata: “Saya mohon maaf sekiranya pilihan bahasa saya telah menyinggung perasaan sesetengah pihak di UK dan Eropah.”

“Ulasan saya dibuat ketika menjawab soalan mengenai dasar UK pada Sidang Kemuncak Industri Eropah di Antwerp, di mana saya membincangkan kepentingan pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, kemahiran dan sektor pembuatan di UK.”

Beliau menambah: “Niat saya adalah untuk menegaskan bahawa kerajaan perlu mengurus migrasi seiring dengan pelaburan dalam kemahiran, industri dan peluang pekerjaan supaya kemakmuran jangka panjang dapat dinikmati oleh semua.

“Adalah penting untuk kita mengekalkan perbincangan terbuka mengenai cabaran yang dihadapi oleh UK.”

Pemilik United minta maaf selepas anggap UK dijajah pendatang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker