Op Angsa: Polis tumpaskan sindiket judi dalam talian, 17 premis diserbu, 388 ditahan

Op Angsa: Polis tumpaskan sindiket judi dalam talian, 17 premis diserbu, 388 ditahan

Op Angsa: Polis tumpaskan sindiket judi dalam talian, 17 premis diserbu, 388 ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu 17 premis perniagaan dan kediaman di sekitar ibu kota, Selangor dan Pulau Pinang yang disyaki pusat operasi sindiket judi dalam talian dengan 388 individu ditahan menerusi Op Angsa, semalam.

Operasi bermula jam 2.30 petang itu menyasarkan individu dan syarikat yang disyaki menjalankan aktiviti pembangunan sistem ‘backoffice’, platform perjudian dalam talian serta mereka bentuk promosi perjudian bagi pasaran dalam dan luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata hasil serbuan serentak itu membawa kepada penahanan 388 individu terdiri 236 lelaki dan 152 wanita berumur antara 20 hingga 48 tahun.

“Daripada jumlah itu, lapan individu adalah warga asing iaitu masing-masing seorang warga Vietnam, dua warga Singapura, dua warga Thailand serta empat warga Indonesia berdasarkan semakan awal dokumen pengenalan diri yang dirampas.

“Dalam serbuan yang sama, polis turut merampas pelbagai peralatan dan perkakasan yang dipercayai digunakan bagi membangunkan platform perjudian dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


Mengulas lanjut, Kumar berkata, polis turut merampas dua kenderaan mewah jenis Lamborghini dan BMW selain beberapa utas jam tangan mewah pelbagai jenama.

Katanya, semua individu yang ditahan dibenarkan reman antara satu hingga tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan setakat ini membawa kepada pembukaan tujuh kertas siasatan iaitu satu di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan empat di Pulau Pinang,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 berkaitan urusan atau transaksi dengan mana-mana bahagian mesin judi.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 4B(b) akta sama membabitkan aktiviti mengimport, mengilang, memasang, membekalkan, menjual, menyerah hak, mengupah, membaiki atau mengubah suai mana-mana bahagian mesin judi,” katanya.

Beliau berkata, kes juga disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 berkaitan perbuatan mengumum atau mempelawa orang ramai melakukan aktiviti perjudian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


“Siasatan turut menjurus kepada kesalahan mengikut Seksyen 120B Kanun Keseksaan berkaitan pakatan jenayah serta tanggungjawab pemegang jawatan dalam pertubuhan atau syarikat selaras peruntukan Seksyen 20A Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

M Kumar berkata, operasi ini dilaksanakan dengan kekuatan 372 pegawai dan anggota, membabitkan pelbagai elemen dalam JSJ diterajui Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan Bukit Aman.

“PDRM kekal komited membanteras semua bentuk aktiviti perjudian tanpa lesen kerana jenayah ini memberi impak negatif yang besar terhadap kestabilan ekonomi negara serta membawa kepada keruntuhan sosial.

“Tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh akan terus dipergiat dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras kegiatan perjudian daripada terus berleluasa,” katanya.

Op Angsa: Polis tumpaskan sindiket judi dalam talian, 17 premis diserbu, 388 ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker