Melaka intai kejutan lawan JDT
Melaka intai kejutan lawan JDT

Melaka: Prestasi Melaka FC (MFC) yang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan terakhir menjadi sandaran berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.
Namun, pengurus MFC Muhammad Najmi Mohd Nordin menyedari pemainnya berdepan misi getir susulan kekebalan gergasi Liga Super itu dalam saingan domestik sama ada di tempat sendiri mahu pun di tempat lawan musim ini.
Justeru, beliau berharap skuad bimbingan jurulatih E Elavarasan akan menampilkan semangat juang tinggi untuk memastikan saingan terbaik dapat ditampilkan dengan efektif.
“Di atas kertas sememangnya JDT memiliki barisan terbaik yang sukar digugat. Namun kami hadir untuk memberi tentangan sebaik mungkin pada saingan pusingan pertama sebelum bertemu lawan di Melaka.
“Mana-mana pasukan pasti mengintai kemenangan berdepan JDT biarpun laluan amat berduri menerusi kemantapan pasukan terbabit dalam semua posisi,”katanya.
Najmi berkata, jika pasukannya mampu bertahan dengan baik selain mengatur gerakan kemas untuk mencipta jaringan sudah pasti ada berita `manis’ daripada skuad berkenaan menjelang pusingan kedua kelak.
Melaka intai kejutan lawan JDT
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.