MEGAT tawar diri tanding jawatan Presiden FAM.

MEGAT tawar diri tanding jawatan Presiden FAM.

MEGAT tawar diri tanding jawatan Presiden FAM.
FAM perlu pembaharuan menyeluruh – Megat D Shahriman

Kuala Lumpur: Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyeru ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya berani melakukan perubahan pada kongres pemilihan badan induk itu demi masa depan bola sepak negara.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) itu yang menawarkan diri bagi jawatan presiden FAM berkata badan induk berkenaan memerlukan pembaharuan menyeluruh demi mengembalikan kepercayaan peminat, pemain dan pihak berkepentingan industri bola sepak tempatan.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat ahli gabungan yang mungkin memerlukan lebih masa untuk menilai agenda perubahan secara menyeluruh, pendekatan rakan strategik berklausa boleh dipertimbangkan sebagai alternatif yang lebih tersusun dan inklusif.

“Kepada ahli gabungan tanya diri anda sendiri apa yang anda mahu sebenarnya? Jika anda ada undi dan hak tetapi tidak boleh buat perubahan dan impak carilah rakan strategik yang boleh betul-betul membawa reformasi, dengar rancangan mereka, saya rasa ia bukan perkara yang susah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu


“Saya harap orang yang boleh undi dan ada kuasa boleh bekerja dengan orang yang boleh bawa perubahan dan menaikkan aspirasi mereka yang tak terbawa sebelum ini,” katanya.

Megat D Shahriman berkata pendekatan rakan strategik membolehkan proses penambahbaikan dilaksanakan secara berperingkat dan konsisten, di samping memastikan kepimpinan yang dipilih terus berpandukan mandat serta kepercayaan ahli gabungan.

Sementara itu, beliau berkata keputusannya menawarkan diri bertanding jawatan nombor satu dalam badan induk bola sepak itu kerana yakin mampu menyumbang kepada perubahan.

“Apa yang mendorong saya hanyalah keyakinan bahawa dengan pengalaman dan komitmen yang saya ada, saya boleh menyumbang ke arah penambahbaikan dan pengukuhan tadbir urus FAM, jika diberi mandat,” katanya.

Isnin lepas, Megat D Shahriman sekali lagi menyatakan minat untuk bertanding merebut jawatan FAM susulan peletakan jawatan beramai-ramai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM, hujung bulan lepas.

MEGAT tawar diri tanding jawatan Presiden FAM.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker