Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor

Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor

Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Saleh 

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Saleh menjemput seluruh rakyat khususnya warga DUN Tenang untuk hadir memeriahkan Majlis Jualan Kasih Johor sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diadakan di Dataran Labis, pada 13 Februari ini bermula jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Katanya, program tersebut merupakan inisiatif prihatin Kerajaan Negeri Johor dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup menerusi tawaran harga barangan lebih rendah serta pelbagai inisiatif kebajikan kepada komuniti setempat.

“Warga DUN Tenang dijemput hadir memeriahkan Program Kasih Johor yang bakal berlangsung di Dataran Labis. Program ini diadakan khusus untuk membantu dan meringankan beban rakyat dengan pelbagai tawaran istimewa serta inisiatif kebajikan untuk komuniti setempat.

“Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan pada harga berpatutan, di samping peluang mendapatkan maklumat dan perkhidmatan terus daripada agensi berkaitan.

“Inilah masa terbaik untuk bersama keluarga dan komuniti setempat sambil menikmati manfaat program yang disediakan khas untuk rakyat Johor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia turut menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan selaras dengan aspirasi Bangsa Johor.

“Jangan lepaskan peluang, datang awal, rebut tawaran menarik dan sama-sama kita jayakan Jualan Kasih Johor di DUN Tenang. Bangsa Johor, Kebajikan Rakyat Diutamakan. Jumpa anda di Dataran Labis,” ujarnya. – UMNO Online

Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker