Endo mungkin berehat panjang
Endo mungkin berehat panjang

London: Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata pemain tengah, Wataru Endo mungkin terpaksa berehat untuk tempoh lama selepas mengalami kecederaan buku lali yang disifatkan sebagai serius ketika Liverpool menewaskan Sunderland 1-0.
Endo terpaksa diusung keluar dari padang dengan pengusung di Stadium of Light pada separuh masa kedua selepas kakinya kelihatan tersekat pada permukaan padang.
Memulakan perlawanan sebagai bek kanan, pemain antarabangsa Jepun itu menjadi pemain terbaru di posisi tersebut yang mengalami kecederaan, selepas Conor Bradley dan Jeremie Frimpong turut diketepikan ketika ini.
“Ya, ia kecederaan serius tetapi sejauh mana seriusnya kita masih belum tahu,” kata Slot. “Ia perlu dinilai hari ini, namun keadaannya tidak kelihatan baik. Saya tidak pasti sama ada melibatkan buku lali atau tapak kaki, tetapi jika ia buku lali, itu yang perlu kami periksa. Saya menjangkakan dia akan berehat untuk tempoh yang lama.
“Dan apa yang dimaksudkan dengan ‘lama’ sukar untuk ditentukan buat masa ini, tetapi memang sukar dipercayai apa yang berlaku di posisi bek kanan kami musim ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Kemenangan Liverpool ke atas Sunderland menyaksikan mereka kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United di tempat keempat, dan Slot memuji semangat juang pasukannya selepas mereka menjadi pasukan pertama menewaskan Sunderland di laman sendiri dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Endo mungkin berehat panjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.