BAM tunggu jawapan Zii Jia, beregu Fei-Din
BAM tunggu jawapan Zii Jia, beregu Fei-Din

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang menunggu kata putus daripada perseorangan lelaki, Lee Zii Jia serta gandingan beregu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sama ada bersetuju menyertai kem latihan berpusat skuad negara sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas bermula 24 April depan.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, badan induk itu sudah menghulurkan jemputan rasmi kepada pemain berstatus profesional itu, termasuk Aidil Sholeh Ali Sadikin untuk menyertai kem latihan selama 10 hari selepas Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 berakhir pada 12 April ini.
Malaysia menetapkan sasaran untuk muncul juara Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark dari 24 April sehingga 3 Mei, untuk menamatkan penantian 34 tahun selepas kali terakhir muncul juara pada 1992 di Kuala Lumpur.
“Kita akan pilih pemain yang berada dalam pada tahap terbaik untuk persiapan kali ini. Sejak Disember tahun lalu, saya dan barisan kejurulatihan sudah berbincang untuk membuat persiapan awal,” katanya.
Beliau ditemui selepas lawatan Penaung BAM yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Menurut bekas pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu, kejohanan berpasukan menuntut komitmen penuh semua pihak.
“Ini acara berpasukan, jadi kita perlu bersama-sama. Ia bukan individu, tetapi pasukan yang bermain untuk negara,” tegasnya.
Ditanya mengapa membuat kem latihan 10 hari sebelum Piala Thomas, Chong Wei berkata skuad negara harus menyesuaikan keadaan cuaca, gelanggang dan keletihan menuju ke venue.
“Kita pergi awal sebab ‘jet lag’, tempat dan cuaca. Saya rasa pergi sana 10 hari sangat bagus untuk mengekalkan fokus. Tiada gangguan berbanding di Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan misi badan induk itu untuk muncul juara adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang Tangkis 2030.
“Sasaran dalam mana-mana sukan, kita mesti berani menyasarkan yang tinggi. Jika tidak mencapainya, tidak mengapa, tetapi kita mesti beri yang terbaik,” katanya.
BAM tunggu jawapan Zii Jia, beregu Fei-Din
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.