Bekas ketua keselamatan dedah Netanyahu dipukul anak sendiri
Bekas ketua keselamatan dedah Netanyahu dipukul anak sendiri

TEL AVIV – Anak lelaki Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Yair dihantar untuk tinggal di Miami selepas menyerang bapanya secara fizikal, demikian menurut bekas ketua keselamatan peribadi Netanyahu, Ami Dror seperti laporan laman berita The Cradle dan PressTV.
Dalam wawancara bersama akhbar Israel, Maariv pada 7 Februari lalu, Dror berkata, Yair juga menyerang anggota pasukan keselamatan lain apabila mereka campur tangan untuk menghentikan pergaduhan tersebut.
“Terdapat peristiwa yang benar-benar sukar, dan saya memberikan ini kepada anda dari perspektif keselamatan peribadi, situasi di mana ahli keluarga menyerang pengawal keselamatan anda, dan ia tidak semestinya dengan senjata api.
“Yair Netanyahu menyerang bapanya, tidak hadir untuk latihan karate, dan memukulnya. Terdapat serangan hingga ke tahap pengawal-pengawal saya terpaksa campur tangan dalam insiden itu,” katanya.
Yair berlepas dari Israel pada tahun 2023, selepas genosid rakyat Palestin di Gaza bermula.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Dia tinggal di sebuah kompleks eksklusif di Hallandale Beach, berhampiran Miami. Ini menjadi kontroversi kerana pada masa yang sama, bapanya menghantar lelaki-lelaki muda Israel lain untuk berperang di Gaza.
Yair juga membuat komen kontroversi mengenai serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 dengan mendakwa bahawa pihak tentera sudah tahu pada malam sebelumnya bahawa Hamas sedang bersiap sedia untuk menyerang, tetapi tidak memberitahu bapanya sebagai sebahagian daripada cubaan rampasan kuasa tentera de facto.
Tahun lepas, ahli Parlimen Buruh, Naama Lazimi juga secara terbuka mendakwa bahawa Yair dibuang ke Miami selepas menyerang bapanya.
Netanyahu bagaimanapun menafikan perkara itu. – AGENSI
Bekas ketua keselamatan dedah Netanyahu dipukul anak sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rais Turun Padang Santuni Penggerak Utama Ekonomi Setempat
- RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur
- Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wan Rosdy Lancar Pembangunan Dan Pelantikan Champion Sistem e-Tanah Pahang
You must be logged in to post a comment.