Tangki air penuh wang kertas

Tangki air penuh wang kertas

Tangki air penuh wang kertas
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu meletakkan sejumlah wang ke dalam tangki simpanan air. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan tangki simpanan air sebagai tabung untuk menyimpan wang, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kalbarfyi menunjukkan sejumlah wang kertas yang berada di dalam tangki tersebut.

Wang kertas itu bernominasi dari 100,000 rupiah (RM23), 10,000 rupiah (RM2), 5,000 rupiah (RM1), 2,000 rupiah (RM0.46) dan 1,000 rupiah (RM0.23).

Rakaman itu mencatatkan lebih 789,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menabung dalam tangki air,” kata seorang netizen.

“‘Toyol’ tidak akan tahu wang ada dalam tangki air,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tangki air penuh wang kertas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker