RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 2025 sebagai satu langkah penting dalam melengkapkan kerangka undang-undang negara, khususnya dalam menangani pertikaian komersial antarabangsa.
Menurut beliau, Akta Mediasi 2012 (Akta 749) yang sedia ada hanya meliputi pertikaian domestik dan tidak merangkumi isu-isu rentas sempadan, sekali gus mewujudkan kekosongan yang memberi implikasi besar terhadap pelaburan asing di Malaysia, terutama di negeri Sabah.
“Sebagai sebuah negeri yang giat menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor tenaga, sumber asli dan industri berat, Sabah memerlukan kepastian undang-undang yang jelas, cekap serta selari dengan piawaian antarabangsa,” katanya ketika membahaskan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
RUU berkenaan, katanya, digubal selaras dengan Konvensyen Singapura yang menyediakan mekanisme pengiktirafan dan penguatkuasaan terhadap perjanjian penyelesaian antarabangsa hasil pengantaraan. Ia sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada proses litigasi dan timbang tara yang memakan masa serta kos yang tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
Siti Aminah turut menyorot perhatian kepada projek pelaburan besar oleh Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. yang sedang membangunkan kilang keluli hijau (“green steel”) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dengan nilai pelaburan hampir RM20 bilion.
“Projek ini bukan sahaja akan menjadikan Sabah sebagai hab pengeluaran keluli hijau di Asia Tenggara, malah bakal mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, memacu pembangunan infrastruktur setempat serta meningkatkan hasil ekonomi negeri,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, projek berskala besar dan bersifat rentas sempadan seperti itu sering terdedah kepada risiko pertikaian komersial sama ada dari aspek kontrak, jadual pelaksanaan, atau pembekalan sumber dan ketiadaan rangka undang-undang yang kukuh boleh menjejaskan keyakinan pelabur.
“Dengan adanya RUU ini, sebarang perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan boleh dikuatkuasakan secara berkesan di Malaysia, termasuk di Sabah. Ini memberi jaminan undang-undang kepada pelabur serta melindungi kepentingan ekonomi negeri dan rakyat,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Dalam masa sama, beliau turut menyambut baik perincian RUU yang memperuntukkan prosedur penguatkuasaan, alasan terhad untuk penolakan serta langkah bagi mengelakkan pertindihan prosiding.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memastikan institusi kehakiman serta latihan mediator diperkukuh bagi menjamin pelaksanaan yang efektif.
“RUU ini adalah langkah strategik untuk memperkukuh keyakinan pelabur, menjamin kestabilan ekonomi serta memastikan pembangunan mampan, khususnya bagi negeri Sabah,” tegasnya. – UMNO Online
RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
You must be logged in to post a comment.