Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff menyeru pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya kembali ke parti asal mereka, UMNO, demi memastikan kelangsungan politik Melayu yang kini semakin lemah.
Menurut beliau, krisis kepimpinan dalaman yang melanda PPBM ketika ini jelas menunjukkan parti itu semakin hilang arah sebagai pembangkang, sekali gus menjejaskan persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
“PPBM ini merupakan parti serpihan UMNO. Ramai pemimpin dan ahlinya berasal dari UMNO. Ketika orang Melayu semakin lemah, eloklah pemimpin-pemimpin PPBM kembali ke parti asal iaitu UMNO, begitu juga dengan ahli-ahli PPBM yang berasal dari UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau yang juga Tokoh Melayu Terbilang 2017 berkata, perpecahan dalam kalangan parti-parti Melayu hanya akan melemahkan lagi kekuatan politik Melayu, justeru penyatuan semula di bawah UMNO wajar dipertimbangkan secara serius.
“Krisis dalam PPBM yang tersiar dalam media cetak dan media sosial sangat rancak dan tidak terkawal oleh individu-individu dan cawangan-cawangan serta bahagian-bahagian PPBM seolah-olah PPBM tidak berpegang kepada disiplin parti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
“Krisis kepimpinan PPBM nampaknya akan berlanjutan dan masalah ini akan menjejaskan mereka membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.”
Sehubungan itu, beliau berpandangan sudah tiba masanya pimpinan PPBM kembali ke pangkuan UMNO, termasuk ahli-ahli PPBM yang asalnya daripada parti tersebut.
Menurutnya, ketika parti-parti Melayu semakin lemah, penyatuan di bawah satu payung politik amat penting bagi membina semula kekuatan Melayu yang kini semakin tercalar.
Tambah beliau, semua orang Melayu khususnya pemimpin dan ahli PPBM wajar bersatu di bawah UMNO demi mengembalikan kuasa politik Melayu yang kian terhakis.
Katanya lagi, kepimpinan UMNO juga perlu bersikap terbuka sekiranya terdapat pemimpin atau ahli PPBM yang mahu kembali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
“Pemimpin UMNO perlu berlapang dada menerima mereka. Jangan ada curiga. Demi masa depan Melayu, perpaduan sangat diperlukan. Hilangkan ego masing-masing sebelum terlambat,” ujarnya.
Mohd Yussof turut menegaskan bahawa kegagalan untuk menyatukan kembali kekuatan Melayu akan menyebabkan kuasa politik Melayu terus tercalar dan terhakis. – UMNO Online
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
You must be logged in to post a comment.