Pemandu, penumpang e-hailing parah kereta dihempap pokok

Pemandu, penumpang e-hailing parah kereta dihempap pokok

Pemandu, penumpang e-hailing parah kereta dihempap pokok
Pemandu e-hailing dan penumpangnya parah selepas kereta dinaiki mereka dikatakan dihempap pokok tumbang di jalan menghala ke INTI Kolej, dekat Nilai, hari ini. – Foto ihsan polis

NILAI: Pemandu e-hailing dan penumpangnya parah selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di jalan menghala ke INTI Kolej, di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata pihak berkuasa mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta.

“Pihak polis menerima maklumat melalui sistem MERS NG 999 (RC Melaka) berhubung sebatang pokok tumbang yang menimpa sebuah kereta jenis Perodua Bezza dinaiki dua lelaki tempatan.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Nilai bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johari berkata, pemandu kenderaan iaitu lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, dipercayai mengalami trauma dan dilaporkan tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


“Mangsa juga tidak dapat menggerakkan kedua-dua belah kaki dan disyaki mengalami kecederaan atau patah. Pemeriksaan lanjut termasuk imbasan sinar-X sedang dijalankan bagi menentukan tahap kecederaan sebenar,” katanya.

Johari berkata, mangsa kedua, penumpang kenderaan iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai jurutera Malaysia Airlines, mengalami pendarahan dalaman di kepala, kecederaan dalaman di abdomen serta disyaki mengalami patah pada kedua-dua belah tangan.

Pemandu, penumpang e-hailing parah kereta dihempap pokok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker