Gajah mati, kepala dikerat di kawasan kilang

Gajah mati, kepala dikerat di kawasan kilang

Gajah mati, kepala dikerat di kawasan kilang
Bangkai seekor gajah yang ditemui tanpa kelapa di kawasan PT RAPP, Riau baru-baru ini. – ANTARA

JAKARTA – Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni mengutuk kematian seekor gajah Sumtera yang ditemui tanpa kepala berhampiran sebuah kilang kertas di wilayah Riau, lapor portal berita JPNN.

“Ini adalah insiden yang sangat membimbangkan dan melukakan sifat kemanusiaan kita,” kata Raja di pejabat Kementerian Perhutanan di Jakarta semalam.

Kematian gajah itu pertama kali dilaporkan syarikat Riau Andalan Pulp and Paper (PT RAPP) pada Isnin lalu. Ia ditemukan dalam keadaan kepalanya dipenggal dan dibiarkan mereput.

Hasil bedah siasat Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BBKSDA) Riau mendapati gajah itu berusia lebih 40 tahun dan telah mati kira-kira dua minggu sebelum ditemukan.

Bangkai tersebut mempunyai kesan tembakan sekali gus menguatkan syak wasangka bahawa berlakunya jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


Raja berkata, pelaku mesti dikenakan tindakan undang-undang tanpa belas kasihan dan berharap agar kes serupa tidak berulang pada masa hadapan.

“Mesej saya sangat kuat dan jelas. Jika kami menemui mereka, kami tidak akan menunjukkan belas kasihan. Saya harap ini adalah insiden pemburuan haram gajah terakhir di Indonesia.

“Kami akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan dalang pembunuhan ini,” tambahnya. – AGENSI

Gajah mati, kepala dikerat di kawasan kilang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker