Enam pegawai PBT, seorang bekas pegawai ditahan SPRM
Enam pegawai PBT, seorang bekas pegawai ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam pegawai dan seorang bekas pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor kerana disyaki terbabit dengan rasuah sebagai balasan mempercepat urusan permohonan dan memperbaharui lesen perniagaan.
Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari di sekitar Lembah Klang, semalam.
Beliau berkata, kesemua mereka disyaki menerima antara RM500 hingga RM15,000 daripada pemilik syarikat perniagaan, selain melindungi syarikat tertentu daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2019 hingga 2023.
“Kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM15,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing daripada dua pemilik syarikat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
Sumber itu berkata, perintah reman selama empat hari sehingga 14 Februari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Enam pegawai PBT, seorang bekas pegawai ditahan SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
You must be logged in to post a comment.