Dilarang mandi lebih 15 minit, isteri dikawal kekasih online

Dilarang mandi lebih 15 minit, isteri dikawal kekasih online

Dilarang mandi lebih 15 minit, isteri dikawal kekasih online
Tangkap layar video menunjukkan tingkap kereta mangsa ditumbuk oleh kekasihnya yang dikenali melalui permainan dalam talian. – Facebook

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand mengalami mimpi ngeri apabila kekasih yang dikenali melalui permainan dalam talian, berulang kali mengancam untuk membunuh dia dan ahli keluarganya, lapor portal berita Thaiger.

Perkara tersebut dikongsi dalam rancangan bual bicara, Hong Krasae selepas wanita itu dibelenggu ketakutan selama lebih satu tahun.

Wanita itu berkata, dia mula bermain permainan dalam talian selepas mengalami tekanan akibat masalah dengan suami dan mengenali seorang lelaki.

Perbualan yang kerap menyebabkan mereka semakin rapat, namun tidak pernah bertemu atau melakukan hubungan intim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


“Lelaki itu mengarah saya untuk berhenti intim dengan suami menahan diri daripada memberikan kasih sayang kepadanya. Untuk memastikan arahan itu dipatuhi, dia meminta akses kepada semua televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam rumah.

“Setiap pergerakan saya diperhatikan, dia akan emosi setiap kali melihat saya rapat dengan suami. Saya tidak dibenarkan duduk di dalam bilik mandi lebih 15 minit,” kata wanita itu.

Situasi bertambah buruk apabila wanita itu menamatkan hubungan mereka pada 5 Januari lalu. Lelaki itu mengancam untuk membunuh mangsa di media sosial sebelum menyasarkan suami, ibu bapa dan anaknya.

Lelaki itu juga didakwa melakukan perjalanan dari Bangkok ke rumah mangsa di Chiang Mai, menyebabkan dia semakin bimbang akan keselamatan keluarganya.

“Suami saya telah memaafkan saya atas perbuatan itu. Dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang demi keselamatan keluarga kami,” tambahnya. – AGENSI

Dilarang mandi lebih 15 minit, isteri dikawal kekasih online

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker