Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah
Foto hiasan – Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Perintah reman hingga 16 Februari depan dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Siasatan akan dijalankan membabitkan dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Media melaporkan, pasangan suami isteri itu ditahan pada jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit antara Februari hingga November 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli seunit kondominium di Lembah Klang.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009.

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker