Bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 akibat hantar mesej lucah

Bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 akibat hantar mesej lucah

Bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 akibat hantar mesej lucah
Syed Danian Syed Mustapha Basri mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat penghantaran komunikasi lucah kepada seorang wanita pada Disember 2024. Foto L Manimaran

IPOH: Bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 atau 15 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat penghantaran komunikasi lucah kepada seorang wanita pada Disember 2024.

Syed Danian Syed Mustapha Basri, 42, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Bapa tiga anak itu didenda RM10,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda untuk setiap dari tiga pertuduhan ke atasnya itu.

Selain itu, dua barang kes iaitu sebuah telefon pintar jenama Vivo model V2048 serta kad sim milik tertuduh, diperintah untuk dilucuthakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi ‘Messages’ dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi teks bersifat lucah dengan niat mengganggu orang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) Akta sama membabitkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, selain denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab dan Pegawai Pendakwa MCMC, Nadzirah Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman berbentuk denda atasnya dengan mengambil kira dia menanggung tiga anak termasuk seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) serta berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Bagaimanapun Fadhli memohon hukuman berat termasuk atas dasar kepentingan awam berikutan kesalahan komunikasi lucah melalui platform digital yang semakin meningkat, selain hukuman mencerminkan kecaman mahkamah terhadap perbuatan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh menghantar tiga mesej lucah berasingan kepada nombor telefon yang dimiliki oleh wanita, yang memberi gambaran seolah-olah mahukan mangsa melakukan seks luar tabii.

Bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 akibat hantar mesej lucah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker