9 sekolah ditutup akibat banjir di Beaufort

9 sekolah ditutup akibat banjir di Beaufort

9 sekolah ditutup akibat banjir di Beaufort
Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 60 antara sekolah ditutup akibat banjir di Beaufort. Pix ihsan Jabatan Pendidikan Sabah

BEAUFORT: Sebanyak sembilan sekolah, di sini, ditutup hari ini berikutan banjir yang kembali melanda daerah ini selepas kira-kira sebulan dilanda bencana sama sebelum ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Raisin Saidin, berkata daripada jumlah itu, lapan sekolah ditutup selepas kawasan sekolah dinaiki air, manakala sebuah sekolah ditutup kerana jalan masuk tidak dapat dilalui.

Beliau berkata, lapan sekolah terjejas banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Baru, SK Suasa, SK Lago, SK Mempagar, SK Batu 60, SK Kabajang, SK Jabang dan Sekolah Menengah (SM) St Paul.

“Sebanyak lapan sekolah terbabit dengan banjir, manakala satu sekolah tidak terbabit banjir tetapi tidak beroperasi kerana laluan banjir, iaitu SK Lupak. Secara keseluruhan, sebanyak sembilan sekolah ditutup akibat banjir pada hari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Raisin berkata, Jabatan Pendidikan terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) bagi membawa pengawas peperiksaan yang terbabit dalam peperiksaan ulangan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


Katanya, ia berikutan laluan ke sebuah sekolah yang menjadi pusat peperiksaan, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini terjejas akibat banjir.

Ia banjir kedua dalam tempoh sebulan melanda daerah ini hingga menyebabkan penutupan beberapa sekolah. Sebelum ini, tujuh sekolah di daerah ini ditutup pada hari pertama sesi persekolahan 2026, iaitu pada 12 Januari lalu.

Terdahulu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengisytiharkan bencana banjir berikutan berlaku limpahan air Sungai Padas yang menjejaskan 18 kampung setakat ini.

Bencana banjir turut diisytihar di Sipitang, semalam, menjadikan dua daerah terjejas banjir di Sabah setakat ini.

Banjir di daerah terbabit berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan pedalaman Sabah sejak kelmarin.

9 sekolah ditutup akibat banjir di Beaufort

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker