8 hilang nyawa ditembak di sekolah

8 hilang nyawa ditembak di sekolah

8 hilang nyawa ditembak di sekolah
Sekolah Menengah Tumbler Ridge di bandar Tumbler Ridge. – Google Maps

OTTAWA – Insiden tembakan di sebuah sekolah di wilayah British Columbia menyebabkan lapan orang terbunuh termasuk penembak, manakala berpuluh-puluh lagi cedera, demikian menurut kenyataan polis Kanada semalam.

Pasukan Polis Diraja Kanada (RCMP) berkata, seorang suspek ditemukan mati, dipercayai berpunca daripada tindakan mencederakan diri sendiri.

Terdahulu, RCMP memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengenal pasti sama ada terdapat suspek kedua dalam insiden tersebut.Penduduk bandar Tumbler Ridge yang mempunyai populasi sekitar 2,400 orang, diminta kekal di rumah sementara anggota polis tambah dikerahkan ke kawasan tersebut dari wilayah berdekatan.

Pejabat Pendidikan Daerah Peace River South memberitahu, tindakan kurungan dan kawalan keselamatan (lockdown) dilaksanakan di kedua-dua sekolah menengah dan Sekolah Rendah Tumbler Ridge.

Wakil rakyat Peace River South, Larry Neufeld memberitahu pemberita bahawa sokongan sumber ‘mencukupi’ termasuk RCMP dan ambulans telah dihantar ke komuniti tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir


Beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut kerana bimbang boleh menjejaskan keselamatan operasi yang sedang dijalankan.

“Kami faham ada penduduk keluar mencari orang tersayang, namun sekali lagi, tolonglah pulang ke rumah masing-masing dan berlindung di tempat selamat.

“Beri ruang kepada RCMP untuk memastikan komuniti yang indah ini kembali selamat,” katanya.

Tumbler Ridge terletak lebih 1,000 kilometer ke utara Vancouver, berhampiran sempadan Alberta.

Laman web kerajaan menyenaraikan Sekolah Menengah Tumbler Ridge mempunyai 175 pelajar dari Gred 7 hingga 12.

Kes tembakan di sekolah jarang berlaku di Kanada. – AGENSI

8 hilang nyawa ditembak di sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker