30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar
30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar

PASIR GUDANG: Sejumlah 30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa, dekat Masai di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Selain rumah kediaman, kebakaran turut menyebabkan kerosakan pada dua bot berenjin, sebuah kereta dan enam motosikal.
Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

“Bomba terpaksa menggunakan sumber air laut berhampiran dengan bantuan pam GP 10/10, melibatkan satu aliran sepanjang 400 kaki, satu breaching, dua pancutan serta satu aliran 100 kaki dengan satu pancutan bagi memadamkan kebakaran.
“Kebakaran berjaya dikawal jam 7.41 pagi, manakala kerja pemantauan masih diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
@bharianmy Sejumlah 30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa, dekat Masai, Pasir Gudang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi beritaditiktok
30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penambahan Ahli Baharu Jadi Bukti UMNO Terus Diyakini, Relevan
- RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah
- Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemimpin PPBM Disaran Kembali Ke UMNO Demi Survival Politik Melayu
You must be logged in to post a comment.