Singapura dilanda jerebu, masalah pernafasan meningkat

Singapura dilanda  jerebu, masalah pernafasan meningkat 

Singapura dilanda  jerebu, masalah pernafasan meningkat
ORANG ramai berdiri di atas bumbung Marina Barrage berlatarbelakangkan pencakar langit yang diselimuti jerebu di Singapura pada 26 Mac 2025. – AFP

SINGAPURA – Singapura mencatatkan peningkatan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan akibat masalah pernafasan susulan jerebu yang melanda negara itu, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA).

Klinik di kawasan tengah, utara dan timur Singapura merekodkan peningkatan ketara pesakit yang datang tanpa janji temu sejak beberapa hari lalu, dengan aduan seperti batuk berpanjangan, kesukaran bernafas dan sakit tekak.

Doktor di Kingsway Medical Clinic yang mempunyai cawangan di Beauty World Plaza, Braddell dan Sengkang, Joel Lim berkata, terdapat peningkatan sebanyak 10 hingga 20 peratus pesakit sejak beberapa hari lalu, seiring dengan kenaikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI).

“Peningkatan ini biasanya berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas tempoh berterusan kualiti udara yang lebih buruk,” kata Lim sambil menambah, musim jerebu sering mencetuskan lebih banyak lawatan ke klinik atau hospital bagi kerengsaan tekak, batuk dan serangan asma.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala


Seorang pegawai perubatan Livewell Medical Family Clinic di cawangan Zhongshan Mall, Dr Chong Soon Thye menganggarkan peningkatan 15 sehingga 25 peratus dalam kes masalah pernafasan.

Dr Ronald Xu dari Procare GP Clinic dan Dr Chan yang mengendalikan klinik di timur Singapura turut melaporkan trend sama.

Peningkatan itu berlaku di tengah-tengah cuaca kering berpanjangan, dengan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menyatakan, asap dari satu titik panas di negara jiran bergerak ke arah Singapura.

Setakat pukul 6 petang semalam, indeks kualiti udara 24 jam mencatat bacaan antara 50 hingga 62, (julat baik hingga sederhana). Menjelang 7 malam, bacaan menurun kepada antara 49 hingga 61 dengan kawasan tengah paling terjejas, disusuli utara dan timur Singapura.

“Keadaan kering ini dijangka berterusan hari ini,” kata NEA di platform Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


Penduduk di seluruh Singapura turut melaporkan bau hangit sejak akhir Januari.

NEA sebelum ini mengaitkan peningkatan paras PM2.5 di kawasan timur dengan titik panas dan kepulan asap dari negeri jiran, sambil menambah, kebakaran tumbuh-tumbuhan telah menyebabkan asap daripada titik panas tersebut bergerak ke utara Singapura. – AGENSI

Singapura dilanda jerebu, masalah pernafasan meningkat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker