Ling Ching akui skuad wanita makin ‘hidup’
Ling Ching akui skuad wanita makin ‘hidup’

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching mengakui sentuhan ketua jurulatih baharu, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, mula mengubah wajah skuad kebangsaan apabila pendekatan lebih agresif dan berintensiti tinggi menyuntik semangat baharu dalam pasukan.
Iskandar yang memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 Oktober lalu menekankan mentaliti ‘pejuang’ dalam setiap sesi latihan, sesuatu yang menurut Ling Ching menjadi pemangkin kebangkitan mereka.
Ling Ching yang kini menghuni ranking ke-40 dunia berkata, perubahan itu bukan saja dirasai olehnya dan K Letshanaa, malah keseluruhan barisan perseorangan wanita negara.
“Bukan saya dan Letshanaa saja, seluruh pasukan menunjukkan peningkatan. Suasana latihan sekarang lebih kompetitif dan kualitinya memang berbeza.
“Jurulatih Iskandar memang seorang ‘pejuang’. Bila beliau sendiri tunjuk semangat begitu, kami sebagai pemain kena ikut. Itu yang buat kami lebih bersemangat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
Sentuhan Iskandar mula membuahkan hasil apabila Ling Ching mara ke separuh akhir Masters Thailand bulan lalu, manakala Letshanaa turut mencipta pencapaian terbaik peribadi dengan melangkah ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 500 di Masters Indonesia.
Lebih menarik, Letshanaa yang berada di ranking ke-38 dunia mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain ranking ke-11 dunia dari Kanada, Michelle Li di pusingan kedua.
Bagaimanapun, Ling Ching tidak berselindung mengakui prestasinya di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Qingdao, China, masih belum memuaskan hati.
“Saya akui belum capai tahap yang saya mahukan. Sekarang saya banyak belajar perkara baharu dan mungkin asas permainan sedikit terjejas, jadi konsistensi itu yang perlu diperbaiki.
“Jurulatih pun pesan supaya saya fokus semula kepada konsistensi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Ling Ching dijadual beraksi di Terbuka Jerman (24 Februari-1 Mac), diikuti Terbuka Switzerland (10–15 Mac) dan Masters Orleans (17-22 Mac) dalam usaha meneruskan momentum peningkatan prestasi.
Ling Ching akui skuad wanita makin ‘hidup’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
You must be logged in to post a comment.