Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan

Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan

Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan

 

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku agensi pelaksana akan melaksanakan kerja menaiktaraf infrastruktur jalan di kawasan perindustrian, khususnya di Kapar, sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan dan kelancaran aliran trafik.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, projek berkenaan telah diluluskan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sehingga ke peringkat reka bentuk, dengan kos kerja awalan berjumlah RM5 juta yang telah pun bermula.

“Perancangan projek ini adalah bertujuan bagi menaik taraf aspek keselamatan berdasarkan rekod statistik kemalangan disebabkan jalan tidak dilengkapi dengan piawaian bahu jalan yang mencukupi serta aspek keselamatan aspek yang lain.

“Permohonan projek ini telah dibuat sejak 2018. Reka bentuk projek ini sedang diteliti oleh pihak JKR bagi menentukan penyelesaian teknikal yang paling optimum. Kerja awalan ini akan memberi fokus kepada cadangan menaiktaraf dua lorong sedia ada kepada empat lorong sebanyak 3.2 kilometer,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali yang bertanya adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membesar dan menaiktaraf Jalan Meru, Klang sehingga ke Jambatan Persiaran Setia Alam memandangkan laluan ini merupakan koridor utama yang menanggung kesesakkan trafik kritikal khususnya pada waktu puncak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


Tambah Ahmad, Kementerian akan menaiktaraf tiga persimpangan dan satu jambatan yang sedia ada serta cadangan membina baharu satu ‘tanjakan khusus’ dipersimpangan persiaran Hamzah Alam bagi tujuan pelaksanaan projek fizikal, permohonan peruntukan akan diangkat ke agensi Pusat untuk pertimbangan dan kelulusan.

Mengulas lanjut, beliau juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan bahawa setiap cadangan dan pelaksanaan projek infrastruktur perlu mengambil kira keperluan sebenar rakyat serta faktor keselamatan dan kesejahteraan setempat.

Katanya, keutamaan diberikan kepada kawasan yang berdepan masalah lalu lintas yang serius, lokasi yang kerap berlaku kemalangan, selain kawasan yang sering dilanda banjir kilat atau banjir berkala.

“Keperluan mendesak kerana disebabkan lalu lintas; keperluan kerana kerap berlaku kemalangan di kawasan itu; kawasan yang berlaku banjir kilat atau banjir berkala.

“Senarai keutamaan dalam permohonan daerah dan kerajaan negeri; ada alternatif agar kurang pengambilan balik tanah agar PBT dan kurang utuliti kerana ini meningkatkan kos dan cukup peruntukan pembangunan dan belanjawan tahunan Kementerian yang dilulus oleh Kementerian Kewangan,” ujarnya. – UMNO Online

Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker