Harry pikul impian lahirkan juara dunia perseorangan lelaki dari Malaysia
Harry pikul impian lahirkan juara dunia perseorangan lelaki dari Malaysia

Kuala Lumpur: Tugas mencabar tidak mematahkan semangat jurulatih baharu perseorangan lelaki negara, Harry Hartono yang memasang impian besar melahirkan juara dan pemain nombor satu dunia bersama Malaysia.
Pelantikan jurulatih dari Indonesia itu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dimuktamadkan bulan lalu sebelum beliau memulakan tugasan rasmi di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.
Harry yakin pengalaman membimbing dua bintang Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie mampu membantu merealisasikan misi itu bersama skuad kebangsaan.
“Sebagai jurulatih, tentunya saya mahu pemain saya mencapai tahap tertinggi. Sasaran saya jelas, menjadi nombor satu dunia dan juara dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
Menurut Harry, keputusannya menyertai BAM didorong cabaran baharu dalam kerjaya meskipun beliau baru kembali berkhidmat bersama Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) pada September lalu.
Beliau turut membawa pengalaman antarabangsa selepas lima tahun berkhidmat di Taiwan dari 2005 hingga 2010, termasuk membimbing bekas pemain nombor dua dunia, Chou Tien-Chen sejak peringkat sekolah menengah.
Walaupun baru sehari bersama skuad kebangsaan, Harry mengakui kagum dengan sikap positif dan daya saing pemain perseorangan lelaki negara.
“Beberapa pemain sudah menentang lawan terbaik dunia. Mereka tahu apa yang diperlukan untuk bersaing di tahap elit.
“Saya memerlukan tempoh kira-kira sebulan untuk menyesuaikan diri dan menilai situasi sebelum Kenneth Jonassen memuktamadkan peranan khusus dalam skuad perseorangan lelaki,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Antara pemain senior ketika ini ialah Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe yang menurutnya memiliki mentaliti serta potensi untuk terus menyerlah di peringkat antarabangsa.
Harry adalah antara tiga jurulatih baharu dibawa masuk BAM, termasuk Yeoh Kay Bin selaku ketua jurulatih perseorangan remaja kebangsaan serta Mohd Zakry Latif sebagai jurulatih beregu wanita yang dijadual memulakan tugas pada 20 Februari ini.
Harry pikul impian lahirkan juara dunia perseorangan lelaki dari Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik
- Jalan Kapar Di Naik Taraf, Tingkat Keselamatan Dan Kelancaran Trafik – Ahmad Maslan
- Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
You must be logged in to post a comment.