Choong Hann anggap kecederaan jejas pemain perseorangan negara

Choong Hann anggap kecederaan jejas pemain perseorangan negara

Choong Hann anggap kecederaan jejas pemain perseorangan negara
CHOONG Hann menjelaskan Malaysia tidak kekurangan pemain perseorangan berkualiti. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann mengakui prestasi perseorangan negara ketika ini sedikit tidak konsisten, namun menegaskan situasi itu bukan berpunca daripada kekurangan bakat dalam skuad kebangsaan.

Sebaliknya, Choong Hann yang kini menggalas peranan sebagai ketua jurulatih Hong Kong menjelaskan kecederaan membabitkan beberapa pemain utama menjadi faktor utama yang mengganggu persiapan dan prestasi mereka di pentas antarabangsa.

“Bagi saya, buat sementara waktu ini prestasi pemain sedikit terjejas kerana kecederaan pemain utama. Itu yang menyebabkan persiapan ke kejohanan tidak begitu stabil.

“Namun, kita tidak boleh kata Malaysia kekurangan pemain perseorangan berkualiti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Hong Kong (HKSI) di Bukit Jalil, hari ini.

Choong Hann berkata, sekiranya barisan pemain itu berada dalam keadaan cergas sepenuhnya, mereka mampu mempamerkan aksi lebih meyakinkan, sekali gus mengembalikan keyakinan peminat terhadap kewibawaan perseorangan negara.

“Fokus utama sekarang adalah proses pemulihan dan memastikan mereka benar-benar bersedia untuk kejohanan besar akan datang seperti Sukan Asia dan temasya Olimpik,” katanya.

Mengulas pembangunan bakat baharu, Choong Hann menegaskan pembentukan pemain muda memerlukan masa, khususnya dari segi pendedahan, pengalaman serta pengukuhan asas permainan.

“Ia lebih kepada perancangan jangka sederhana dan jangka panjang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


“Pemain muda perlu diberi masa untuk berkembang dan mencari pendedahan, dan itu memang memerlukan masa,” katanya.

Choong Hann anggap kecederaan jejas pemain perseorangan negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker