Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan

Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan 

Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan
ILUSTRASI logo Bitcoin dirakam pada 5 Disember 2025. – AFP

SEOUL – Sebuah bursa mata wang kripto Korea Selatan secara tidak sengaja memberikan lebih AS$40 bilion (RM157.2 bilion) nilai bitcoin kepada pelanggan, menjadikan mereka jutawan dalam sekelip mata, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.

Ia pada asalnya mahu memberikan pelanggan ganjaran tunai kecil 2,000 won (RM5), sebaliknya memberikan mereka 2,000 bitcoin pada Jumaat lepas.

Platform tersebut, Bithumb memohon maaf sambil menambah, pihaknya segera menyedari kesilapan tersebut dan berjaya mendapatkan kembali hampir semua token yang hilang.

Bithumb telah menyekat perdagangan dan pengeluaran untuk 695 pelanggan yang terjejas dalam tempoh 35 minit susulan kesilapannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


Syarikat itu berkata, pihaknya mendapatkan kembali 99.7 peratus daripada 620,000 bitcoin yang tersalah hantar.

“Kami ingin menjelaskan bahawa perkara ini tiada kaitan dengan penggodaman luaran atau pelanggaran keselamatan, dan tiada masalah dengan keselamatan sistem atau pengurusan aset pelanggan,” kata Bithumb dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Dalam mesyuarat tergempar pada Sabtu lepas, pihak berkuasa kewangan Korea Selatan berkata, mereka akan menyiasat insiden itu. Sebarang tanda aktiviti haram akan mendorong kepada siasatan rasmi, kata Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan (FSS).

Pada April 2024, bank Citigroup tersilap memasukkan wang AS$81 trilion (RM318.4 trilion) dan bukannya AS$280 (RM1,100) ke dalam akaun seorang pelanggan.

Dua pekerja gagal mengesan kesilapan itu sebelum ia diproses, tetapi bank itu membalikkan transaksi dalam masa beberapa jam selepas pekerja ketiga mengesan kesilapan yang berlaku, lapor akhbar Financial Times. – AGENSI

Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker