Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 – BWF
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 – BWF

Kuala Lumpur: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan memperluas kategori Super 1000 kepada lima kejohanan bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Jelajah Dunia BWF.
BWF dalam kenyataan hari ini memaklumkan setiap kejohanan Super 1000 akan berlangsung selama 11 hari, merangkumi dua hujung minggu, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan menyeluruh dalam jelajah yang turut merangkumi kategori Super 750, Super 500, Super 300 dan Super 100.
Menurut BWF, Malaysia, China, England dan Indonesia akan menjadi tuan rumah kejohanan Super 1000, manakala Denmark dinaik taraf daripada status Super 750 kepada Super 1000 di bawah pembaharuan struktur Jelajah Dunia.
“Kejohanan Dunia BWF akan menggunakan format kumpulan diikuti pusingan kalah mati, memastikan semua pemain beraksi sekurang-kurangnya dua perlawanan. Langkah ini mengurangkan penyingkiran awal dan meningkatkan pembabitan peminat di lebih banyak pasaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Hadiah untuk Super 750 pula meningkat kepada USD1.1 juta (RM4.33 juta) daripada USD950,000 (RM3.74 juta), manakala acara Super 500 meningkat kepada USD560,000 (RM2.2 juta) daripada USD500,000 (RM1.97 juta).
Sementara itu, pusingan akhir Piala Sudirman BWF dan Piala Thomas & Uber BWF akan diperluas kepada lebih banyak pasukan, sekali gus membuka penyertaan antarabangsa yang lebih luas dan kepelbagaian persaingan.
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 – BWF
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.