Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak

Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak

Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak

LAHAD DATU, 9 Feb – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, telah mengambil inisiatif memberikan bantuan kepada 68 mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kampung dalam Parlimen Lahad Datu, termasuk Kampung Pancuran, Kampung Inda Jaya, dan Kampung Kokos.

Ujarnya, bantuan yang dihulur berupa wang tunai serta bakul makanan yang disampaikan bagi meringankan beban mangsa ekoran kehilangan harta benda akibat bencana tersebut.

Syukur hanya harta benda yang musnah, dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Namun, kita tidak boleh tunggu sehingga nyawa terancam baru bertindak. Masalah banjir perlu ditangani secara bersama dan sistematik,” katanya.

Sharif Musa juga turut meluangkan masa meninjau kawasan yang dilanda banjir bagi mengetahui punca bencana terbabit berlaku, khususnya masalah perparitan yang tersumbat.

Beliau menekankan bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mencegah kejadian banjir berulang, terutamanya bagi mengelakkan risiko kepada nyawa penduduk.

“Kami berharap pihak bertanggungjawab dapat meningkatkan pengurusan sistem perparitan dan saliran air untuk mengurangkan risiko berulang. Pihak berwajib perlu bertindak segera. Kita tidak mahu setiap hujan lebat menjadi ancaman kepada penduduk. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak

“Banjir kilat yang berlaku baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung kerana musim hujan masih berterusan. Apa yang penting adalah tindakan pantas pihak kerajaan tempatan dan kerjasama wakil rakyat, diharapkan insiden seperti ini dapat diminimakan pada masa hadapan.

“Bagi UMNO Lahad Datu, kita bukan hanya hadir untuk melalukan tinjauan sebaliknya juga menyampaikan bantuan segera namun apa yang lebih penting adalah mencari jalan penyelesaian yang mampan,” katanya lagi. – UMNO Online

Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker