‘Saya bukannya pikul mayat’
‘Saya bukannya pikul mayat’

JAKARTA – Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup(CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki memikul guni berwarna putih di Krendang, Tambora, Jakarta Barat, menjadi tular di media sosial, lapor saluran berita Liputan6 hari ini.
Ramai netizen mengesyaki lelaki itu sedang memikul mayat, manakala polis turut melakukan siasatan.
“Kami masih menyiasat,” kata Ketua Polis Tambora, AKP Sudrajat Djumantara. Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas sekitar pukul 6.58 petang(waktu tempatan).
Sementara itu, rakaman video kejadian yang disiarkan oleh akaun Instagram @infojakbar24, memaparkan lelaki itu memakai baju lengan panjang berwarna hitam, seluar jean dan selipar berwarna hitam, tanpa menutup wajahnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Dia berjalan melintasi kediaman penduduk sambil memikul sesuatu yang terbungkus di dalam guni berwarna putih. Isi guni itu didakwa oleh orang yang merakam video tersebut sebagai mayat.
Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Dede Suherli, 29, yang merupakan warga Tamboora mengaku dia ialah individu dalam klip video tular tersebut.
Pengakuan itu dibuat dalam satu panggilan video bersama polis tempatan semalam.
Menurutnya, isi guni tersebut adalah seekor biawak besar dan bukannya mayat manusia seperti yang disyaki netizen.
“Saya menemukan biawak di sungai, saya menangkapnya dan memasukan haiwan itu ke dalam guni,” kata Dede. – AGENSI
‘Saya bukannya pikul mayat’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.